.introduction

My name is Imran Azman, i'm made from Johor Bahru, i was born on 7th August 1992...I am a simple person, understanding and a good listener...Has a gentle nature, generosity, love to entertain people, easy to lough, easy to make friends with anyone, and the nature of the high desire for something that i dream in life, BUT sometimes I also has hot temper, don't worry coz i can controlled my own temper,HAHA ! I am also someone who does not liketo give up before starting something or before finishing something I do, and NO difficult words in the dictionary of my life. I like to take things at rest and not in a rush condition..Thats all i thing, and remember this! dont talk rubbish to me coz i know myself oke! This is my own personal blogger,and this blog is hundredpercent managed by myself..
Any comment?Just leave it at "Ruangan ChitChatChot"..All ur comment i'll take it positively and i'll make improval if i think it must be.. Just be my follower if u want it =) ThanK YoU !

Thursday, November 25, 2010

Kisah Anak dan Ibu

Ini adalah kisah utk dijadikan tauladan kepada semua manusia yg bergelar anak...
Kisah antara anak dan ibu....

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan
sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera
mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang
kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku kepadamu Sejak Lahirmu - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah
ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.

Korang Ingat tak lagu di RTM? -
Who's next? Your mother!
Who's next? Your Mother!
Who's next? Your mother!
And then Your Father!!

oleh itu, sementara ibu bapa kita masih hidup patuhi dan hormatilah mereka..
doakan kesejahteraan mereka dunia & akhirat..

Terima Kasih

Sayur yang Merbahaya

Sayur Kangkung Cos Masak Belacan-gambar hiasan

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung

Saya mendapat cerita ini dari seorang teman.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.

Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersihkan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung. .


Sumber: Dr. Norni Abdullah,
Psychiatrist,

Tuesday, November 23, 2010

Kalau Perut Dah Lapar!


COLONEL BURGER, FRIES, AYAM MEGAMIX, AIR 7Up

Menu nie semua kalau diikutkan perut aku ni dah tak lalu nak makan sebenarnye...
Kejemuan yg melanda dah tahap maksimum aku kat menu2 camni...
Tapi, kalau perut aku dah berkeroncong menandakan kelaparan,
aku terpaksa melayan dan mengisinya utk mengelakkan dari menghidap gastrik...
HahAHa!!!

Btw,seriusly aku dah jemu yg teramat2 sgt ngn menu2 ni semua...
Why not la kan KFC buat meal utk semua staff mkn bkn daripada mknan yg KFC sediakan...
But,buatla kantin or whatever yg boleh menghindarkan kebosanan para2 staff
daripada asik makan KFC je setiap hari ...
huahuahua...

Ape2 pon aku still
bersyukur kpd Allah
yg telah memberi
semua rezeki ini kpd aku...

~Alhamdulillah~


Monday, November 22, 2010

Bersanggul Tinggi,Berbaju Ketat,Terliuk Lentok

Amaran Rasulullah saw Buat Kaum Hawa

Rasulullah saw:
“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.




Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

p/s:~patut la zaman sekarang ramai wanita suka bersanggul tinggi dan menganggap trend terkini.. yang bertudung pun tidak ketinggalan~dan,kalau yg bertudung pun diberi amaran apatah lagi yg langsung tidak bertudung~so,beringat2lah sahabat2ku~

Hanya Kerana Minuman Segelas

~Astaghfirullah al'adzim~




Hanya kerana aku haus dan teringin nak membasahkan tekak
dgn secawan gelas air milo ais
kat kfc tadi, aku bergaduh bertekak bertengking2
dgn MOD aku...
adoiyai, hanya kerana aku nak minum
berlaku persalah fahaman...
Aku dgn kerja kerja2 bersama MOD
tak pernah berkira...
Tapi kenapa manager
terlalu sangat2 berkira dgn
semua staff yg membantu
menaikkan sales perniagaan ...
Kompius2,btw aku still anggap ni
semua just perkara kecik setelah semua orang kat Kfc td
teramat2 penat ~

p/s:Sorry to my MOD coz tertinggi suara ngn kau td...
hehehe~

Sunday, November 21, 2010

Sekian Lama

Assalamualaikum ~
Setelah sekian lama aku tak update blog aku ni,
akhirnya berkesempatan jugak aku nak
melawat kawasan blogger aku nie...
Maklumla bz je memanjang dgn kerja...
So whatever it is,aku akan aktifkan balek blogger ini...
kepada freshies,
Welcome to my blog!!!