.introduction

My name is Imran Azman, i'm made from Johor Bahru, i was born on 7th August 1992...I am a simple person, understanding and a good listener...Has a gentle nature, generosity, love to entertain people, easy to lough, easy to make friends with anyone, and the nature of the high desire for something that i dream in life, BUT sometimes I also has hot temper, don't worry coz i can controlled my own temper,HAHA ! I am also someone who does not liketo give up before starting something or before finishing something I do, and NO difficult words in the dictionary of my life. I like to take things at rest and not in a rush condition..Thats all i thing, and remember this! dont talk rubbish to me coz i know myself oke! This is my own personal blogger,and this blog is hundredpercent managed by myself..
Any comment?Just leave it at "Ruangan ChitChatChot"..All ur comment i'll take it positively and i'll make improval if i think it must be.. Just be my follower if u want it =) ThanK YoU !

Wednesday, June 29, 2011

Mencuba itu lebih baik !

Salam sejahtera wahai pembaca...
ape kabar u all?

Tajuk utk post entry kali ni ialah "mencuba itu lebih baik" ...
maksod yg tersirat di sebalik tajok itu ialah, janganlah kita mudah berputus asa sblm melakukan sesuatu perkara dn jangan mengalah selagi perkara itu tidak diselesaikan dgn sempurna...
dan, mencuba itu lebih baik dari kita berdiam diri dan kaku dgn hanya melihat sahaja...

Memang tiada yg mudah di dunia ini, dan sebenarnya yg susah bg kita itu adalah seringan2 ujian dari Tuhan utk kita..maka dgn itu, hendaklah kita melakukan sesuatu itu dgn bersungguh2 serta berusaha utk mencapai kejayaan...
Menjadi lebih baik itu adalah tuntutan di dlm sebuah kehidupan...

Sentiasa mengingatkn diri sendiri bahawa,
Tuhan tidak akan menduga hambaNya dgn dugaan yg Tuhan tahu hambaNya tidak mampu utk menghadapi sesuatu ujian tersebut...kerana Tuhan itu Maha Mengetahui dan Maha Adil di dalam semua urusan..
Jika kita rasa itu susah,sebenarnya ada yg lagi susah yg kita masih tak nampak...
Maka, mencuba sedaya upaya serta berusaha itu adalah penting dlm segala urusan yg kita lakukan dn tempuhi setiap hari...


NEVER ASK FOR THINGS
TO BE EASIER ,
ALWAYS ASK  YOURSELF
TO BE BETTER !


Dengan itu, janganlah kita hanya berdiam diri tanpa usaha serta tawakal,
sesungguhnya mencuba itu lebih baik dan hidup pasti akan sempurna..
Anda boleh mengubahnya...

aku harap, korang faham dgn apa yg aku smpaikn hari ni...
aku sedar aku juga bkn yg terbaik,
tetapi setiap hari,
aku pasti untuk
MENCUBA jadi yang TERBAIK !!!
becoz nobody PERFECT dlm dunia nie kan..
so,sentiasalah mencuba utk 
menjadi yg terbaik walaupon tak
sebaik yg dirancangkan ...
nilai lah diri sendiri sblm korang menilai diri org lain...

Sekian utk entry kali nie,
thanks !

pic location: sheeps barn,
SIBU ISLAND RESORT,Johor
pic taken by: ImranAzman
pic edit by: Imran Azman

Tuesday, June 28, 2011

Dua Tahun Lepas !

Salam hormat buat pembaca !

Tadi,tgh syok aku melayan segala video2 klip and lawak2 kt youtube, tibe2 aku ternampak video bertajuk Kisah Malam Satu Malaysia SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru'09...aku pon layan la gak,kelakar aku tgk gelagat member2 aku dlm video nie..HAHAHA..sedar tak sedar dah 2 tahun lepas video tu dirakamkan..

Korang nak tgk ke?
nie video nye,korang tgk smpai abes taw,then tnggalkn komen k..HAHAHA...



Persembahan terbaik daripada KRS,SABJB dan mendapat Johan Persembahan Terbaik pada Majlis Harum Mewangi SABJB 2009..
Persembahan ini bertemakan semangat satu Malaysia.Video ini telah disediakan dgn sarikata yg boleh difahami.Aku saje tag video ni ramai2 supaya dpt lah kitorang sume menhiburkan semua orang yg menonton.Harap maaf kerana kualiti gambar video yg kurang memuaskan kerana kurang penataan cahaya...Selamat menonton dan Selamat bergelak ketawa. Berikan komen anda~

HAHAHA..amacam? ok x?
lakonan dlm video ni semua atas arahan aku sendiri dan dibantu serta bekerjasama ngn member2 aku...
lakonan pentas ni dipersembahkan bersempena "Pertandingan Persembahan Pentas Majlis Harum Mewangi SMK Aminuddin Baki,JB '09" ...
Tajuk tu pula dipilih kena dgn tema pertandingan iaitu SATU MALAYSIA ...
kitorang mewakili Kadet Remaja Sekolah waktu tu..dan yang paling tak disangka2, kitorang menjadi Johan bg persembahan pada mlm tu...usaha serta kerjasama kitorang tak sia2..happy gilak time tu wokk..HAHAHA...


Mereka ni adalah antara pelakon2 yg terdapat dlm video kat atas tu...dan mereka juga ialah member2 terbaik aku...kebanyakan dorg semua dah bawa hala tuju masing2..kitorang ialah pencetus ZAMAN KEGILAAN kat skolah SAB tu..HAHAHA...
2009 adalah tahun kegilaan kami membara,tiada yg dapat selamatkn kami sehingga cikgu2 pon terdiam ngn gelagat kitorang..HAHAHA..
aku rindu zaman itu...
dan itu semua telah berlalu 2 tahun yg lepas ~

Saturday, June 25, 2011

ChecK YourseLf before CheCkinG !

Salam sejahtera buat pembaca setia (=
tetibe aku dpt idea utk mncipta nukilan ini utk dikongsikn bersama korang semua...
so,ayat ni mungkin ada kekeliruan siket bile dibaca,
tp ianya penuh dgn makna yg tersirat ~

- gambar hiasan -

Jika Anda Ingin Memeriksa
Diri Seseorang Itu 


 Maka Haruslah Anda Memeriksa  
Diri Anda Terlebih Dahul
 Kerana Anda Akan Diperiksa Oleh
 Manusia Yang Ingin
  Anda Periksa Sebelum Anda
 Memeriksa Diri Anda

- gambar hiasan -


Jadi,Periksalah Diri Anda
Sebelum Anda Diperiksa Orang
Jika Anda Tidak Menghiraukan Pesanan Ini

 Maka Anda Yang Akan Tersiksa Kemudian Hari

Jadi,Cepat2lah Anda Memeriksa
Diri Anda Sebelum Anda
Memeriksa Orang Di Luar

Actually, manusia ni mmg 
tiada yg sempurna...
Hanya melihat 
kelemahan orang lain,
utk menutup 
kelemahan diri sendiri...
Renung2kan, dan selamat beramal...
tq


pic location : BEACH 2, 
SIBU ISLAND RESORT, JOHOR
pic taken by : ImranAzman
model : Amer Lewis
pic edit by : ImranAzman

Friday, June 24, 2011

Sempurnakan Hari Mu ~

Hallo readers ~

Today I just want to share the days are history for each people on earth .. Actually, I do not like some people who is easily succumb before the end of a matter being a person is doing .. Why not they trying to end things it! Is not every thing, problems, or whatever there is a way for the solution! Why should we give it? Before attempting, LOST or WIN, FAIL or SUCCEED, PERISHED or PERFECT, PROUD or DISAPPOINTED, BAD or HAPPINESS, and all the answers and the results must be rejected in advance.. aside for any decision has been determined by God, and it is customary in a things .. so, WE SHOULD TRY until it works .. if FAILED, it is not forever ..
who fail are those who do not want to try after it failed!




Finish each day and be done with it. 
You have done what you could. 
Some blunders and absudities have crept in; 
FORGET THEM as soon as you can! 
Tomorrow is a NEW DAY
You SHALL BEGIN it serenely 
and with to high a SPIRIT TO BE encumbered 
with your OLD NONSENSE !


Thats all entry for today,
thanks for all readers,
PLEASE GIVE YOUR COMMENTS.
~tQ~



pic location: SIBU ISLAND RESORT, JOHOR
pic taken by: imranazman
pic edit by : imranazman

Thursday, June 23, 2011

Tiada yang Sempurna !

Salam sejahtera all my readers =)
Entry kali aku just nk bekongsi tentang, JANGANLAH KITA TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN kerana TIADA YANG SEMPURNA di dunia ini...bak kata dak2 skarang,nobody perfect and i am nobody..

Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
Hendaklah kamu mengambil ikan itu...

- gambar hiasan -

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula
ke dalam air begitu sahaja,
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kail mu dan
mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup...

BEGITULAH JUA ,,,

Setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN kepada seseorang,
Setelah ia mula MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGANYA hatinya,
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya
begitu sahaja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh
kenangan bersamamu dan
TIDAK akan MELUPAKAN segalanya
selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan,
Janganlah menganggap ia begitu teguh,
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu,
Apabila ia retak,
Tentu sukar untuk menampalnya,
Akhirnya ia dibuang..


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki sese0rang,
TERIMALAH seadanya.....
Janganlah kamu mengaguminya dan 
janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA...
Anggaplah dia manusia biasa..

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA 
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS 
hingga ke akhirnya..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi....
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan.Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
Cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak,nasi itu akan basi dan kamu 
tidak boleh memakannya.
kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah 
bertemu dengan se0rang insan...
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu..
Apabila skali dia melakukan KESILAPAN 
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
 
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.

Kelak,kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia memjadi milik orang lain...
dan akhirnyaa...


Kamu juga yang akan
MENYESAL

Tiada yang diciptakan sempurna di atas dunia ini,
dgn pemberian dan kurniaan dari ALLAH swt...

Sekian,
TQ for all readers ~

Tuesday, June 21, 2011

Faedah sekeping Lidah

Salam sejahtera buat pembaca !

Entry kali nie aku just nk kongsi ngn lu orang tentang
FAEDAH sekeping LIDAH yang telah dikurniakan utk kita sbg manusia di dunia nie..hmm,actually bkn manusia je,binatang pn ada lidah,tumbuhan pon ade gak,terutamanya "Lidah Buaya" kehkehkeh!!! tp,bkn pasal lidah buaya yg aku nk cerita skarang nie...aku nk cerita pasal lidah kita2 nie semua.. So,firstly aku nk remind je..entry ni bkn nk beniat kutuk2 or kenakan sape2 k..xde kene mengena pon ngn yg idop atau yg mati..just nk bekongsi cerita je.. =)

Sexy tak lidah nie?HAHAHA!
- gambar hiasan

Orait,back to the topic! actually entry ni aku cuma nk sampaikn 2 pekara je..tajuk je nmpak gempak kn?! HAHAHA.. tajuk mesti maw gempak beb! sbenanye ade 2 pekara penting yg bermakna buat sekeping lidah apabila 2 ayat diungkapkan oleh sang empunya lidah tu..PERTAMA! "Terima Kasih", dan KEDUA! "Maafkan Saya"...2 ayat ni nmpak ringkas dan mudah,tapi nape still ramai yg tak sedari bahawa ayat nie membawa kesan yg mendalam dan boleh memberi seribu erti buat orang yg mendengarnya..dan ayat ni jugak boleh menukar mood seseorang bertambah baik atau hatinya bertambah sejuk..

Ok,nie nak story sket..bkn mengumpat ok! cuma bercerita atas pengalaman aku dan untuk pengajaran buat yg membaca entry nie..yg dah baca tu,sampai2kn la kt member2 lain yer...
Sblm nie,aku bekerja kat sebuah restoran terkemuka dunia sbg seorang cashier..wah! TERKEMUKA DUNIA tuh!! HAHAHA! so,sedia maklum sbg cashier tanggungjawab aku utk menjaga hati pelanggan serta memberi layanan terbaik supaya pelanggan berasa puas hati dgn restoran..satu ari ni,ade sorang mamat datang,macam biasa aku pon layan laa...oops,lupe lak nk bgtw,time nie mood aku kurang baik siket k! HAHA! so,dialog kat bawah nie menjadi saksi..huhuhu~

AKU : Ya abang,Selamat datang ke restoran kami..boleh saya amek pesanan abg?
PELANGGAN : ye dik,selamat petang..adik ape kabar? abg nk take away ye dik..buatkan abg set *tooot 2 set ok..
AKU : Boleh,semua skali RM**..
#beberapa saat pastu!
AKU : Nie pesanan yg abg minta, semua skali RM**..
PELANGGAN : ok adik,nie duit nya ya..
AKU : ok bang,datang lagi ya..
PELANGGAN : ye dik,insyaAllah..MAAFKAN ABANG kalau abg ade wat adik badmood,TERIMA KASIH diatas layanan adik ya...jumpa lagi..
** = censored!

Menerusi perbualan tu,mood aku serta merta bertukar gembira dan semangat bekerja aku terasa bekobar2 di dada..Padahal,customer tu xde wat silap ape2 pon kat aku, n bkn die yg buat aku badmood..Huhuhu,wow! dgn 2 ayat penting tesebut, customer tu da wat aku rasa hepi..dari situ korang dpt tak pengajarannya? dan dari ari tu jugaklah aku belajar betapa indah nya ayat2 tersebut hingga boleh membuatkan hati seseorang berasa gumbira apabila mendengarnya..dan,klw korang betul2 ada rasa wat salah tu,rajin2 kan lah lidah yg tak berapa berat tu utk ucapkan kata2 KEMAAFAN kpd org yg korg wt salah tu..dan klw korang dpt sesuatu pemberian atau sumbangan atau whatever dr seseorg,ringan2 kn lah lidah utk ucapkan TERIMA KASIH kpd pemberi itu..percayalah,kata2 itu sebenarnya boleh membuatkn kita lebih rapat dgn orang...actually byk lagi kata2 yg bisa membuatkn org gembira,tp aku rasa 2 ayat penting ni semakin hari semakin dilupakn orang..kerana EGO dah menguasai diri, lupa segala salah silap, dan lupa segala penghargaan yg dah diterima sblm nie..

Pengajaran dari entry nie actually, gunakan lah lidah korang dgn perkara2 yg berfaedah k..dan ringan2kn lidah tu utk mengucapkan 2 ayat penting yg aku dah sampai kn tu..lidah bukannya ade tulang,so tak berat mane pon lidah tu kann..jadi,marilah kita bersama2 mengubah diri menjadi yg lebih baik..akui kesalahan sendiri,ucapkan KEMAAFAN..akui kelemahan sendiri ungkapkan TERIMA KASIH !

Sekian utk entry kali nie...
TQ~

Monday, June 20, 2011

Zami Ismail Meninggal Dunia

ASSALAMUALAIKUM WBT ~

Allahyarham Zami Ismail
( 1944 - 2011 )

Aku sangat terkejut dengan berita pemergian Pak Uda, beliau antara pelawak veteran yg paling aku minati..Pemergian arwah tiada penggantinya, kerana beliau mempunyai banyak karakter dan lawak yg tersendiri cukup menghiburkan..

Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.
Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.
Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.
Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem “Mak Som”.
Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

Mari kita bersama sedekahkan surah al-Fatihah kpd arwah,
mudah2an rohnya ditempatkan bersama dgn golongan
orang2 yg soleh dan beriman di sisi Allah swt..insyaAllah..
Al - Fatihah ~

Sunday, June 19, 2011

Menuju lebih kehadapan

Salam sejahtera everibodi,everiday,everinite and the eveready...wakaka!!!

Posting yg lepas aku tulis tentang kunci kebahagiaan iaitu dgn bersyukur...so,bile aku fikir2 punye fikir...memerah otak ape pulak posting utk arini aku dpt gak idea..yes,aku percaya idea yg aku dpt ni pun maybe dari yg Maha Esa...arini aku nk post tentang MENUJU LEBIH KEHADAPAN ...

Mengikut pengalaman aku berkawan dgn ramai2 orang...aku kurang berminat orang yg suka sangat memandang masa2 yg telah berlalu...ye,aku akui mmg tak salah utk kita imbas kembali zaman lalu,tp itu semua boleh membantutkan usaha korang utk maju kehadapan guys!
Ada penceramah yg mengulas,zaman silam kita atau kisah2 hitam hidup kita yg lepas boleh mengajar kita utk memperbaiki kesalahan dan tidak mengulangi kesilapan yg lalu,aku SETUJU!
TAPI,,,aku tgk dak2 skarang kalau da fikir kebelakang,sampai ke sudah asyik kebelakang je!!
tak tahu bile nk kedepan,heran gak aku...
Aku pun bkn nk ckp aku ni perfect sgt,tp kita perlu mencari jalan utk terus kehadapan...
COME ON GUYS !!! WAKE UP !!!

( Sekadar gambar hiasan, HEHEHE...saje je nk tayang gambar sendiri
Mungkin gambar ni kene ngn tajuk posting ni kott !
tu yang aku sumbat masok dlm posting kali ni...HAHAHA )

Aku pernah baca satu quotations ni, dan aku sokong dgn kata2 yg diberikan!
Kita,kami,semua,dan seluruh insan ada matlamat,visi dan misi masing2...
dan semua tu memerlukan seribu satu cara yg perlu kita ketahui...
Untuk menuju mendapatkan seribu satu cara itu,KITA PERLU BERANI utk maju dan melangkah satu tapak kehadapan utk maju 1001 kejayaan dihadapan...
So,kalau korang rasa takut2 dan tak berani utk melangkah satu tapak kehadapan,mmg sampai bila2 la korang tak akan ke depan kn...

dan sekarang kesimpulannya,
memang tak salah korang nk kenang2kn kembali zaman2 silam,kisah2 hitam sejarah hidup korang tu,
aku pon kadang2 ade gak memandang kebelakang,
sbb yg dibelakang itulah mengajar kita utk berani terus kehadapan utk membina hidup baru yg lebih bermakna...
Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad saw pun ade bersabda yg bermaksud:

"Wahai umatku,
jadikanlah hari ini lebih 
baik dari hari semalam,
dan hari esok bertambah baik 
dari hari ini."

Dari sabda baginda Rasulullah tu,kita boleh ambil ia sbg satu pegangan utk menuju kehadapan dan memastikan yg didepan itu lebih baik dari yg dibelakang...
kpd sahabat,saudara handai,dan semua kenalan,dan juga pada diri aku sendiri,
Marilah kita bersama2 berani melangkah satu tapak kehadapan utk menuju 1001 kebahagiaan dan kejayaan dihadapan kita...disamping tu,usaha mesti diselitkan ya guys!
Jangan cuma ke depan,tapi tangan kosong,klw camtu stay je la kat situ sampai bila2...hehehe...

Posting ni aku post bkn nk ditujukan utk sape2,just utk berkongsi dgn semue member2...
Supaya korang semua lebih berani dan sifat ingin mencuba utk maju lebih kehadapan itu ada tersemat didalam diri korang...
aku ni pon bknnye perfect sgt,tp orang kata...
Kalau ade ilmu yg lebih tu,kongsi2kn lah pada kenalan..jgn jd manusia yg kedekut..
so,dgn kata2 tu aku izinkan pada sesiapa je nk share posting aku ni utk kenalan korang yg lain...
SEMOGA SUKSES GUYS  !

Sekian utk posting ari ini
~TQ~

Saturday, June 18, 2011

Kejatuhan mengajar Kebangkitan

Wahai sahabat !!!

Kejatuhan itu mengajar kita utk kembali bangkit dan terus berusaha utk tidak terjatuh lagi,
andai kita terjatuh janganlah mengalah...
Kegagalan itu mengajar kita utk menjadi manusia yg berjaya,
apabila sudah berjaya jangan pula kita sombong...
Kekalahan tidak beerti kita kalah buat selamanya,
kerana dari kekalahan kita tahu bagaimana caranya utk mencipta kemenangan...
Kebodohan pula sentiasa ada pada diri setiap manusia,
dan dari kebodohan itu bisa mengajar kita utk menjadi manusia yang bijak...
Kekurangan pula memberi suatu pengajaran utk kita,
kerana kekurangan itu pasti ada kelebihan tersendiri,
dan kekurangan itu mengajar kita utk mencari kelebihan diri...
dan segala yg berada di dunia ini mengajar kita
ERTI KEHIDUPAN !

dari situ kita perlu berlajar bersyukur dgn apa jua yg kita miliki,
kerana milik kita hanya sementara,
milik yg kekal abadi hanyalah Hak Allah swt...
Jika kita telah mendapat yg terbaik apa yg kita inginkan,
bersyukur adalah kunci utk kita terus memiliki sesuatu perkara itu
dan BERSYUKUR juga adalah KUNCI KEBAHAGIAAN...
Janganlah kita terus menerus utk mencari yg lebih baik kerana itu bisa membuatkan kita
mendapat yg lebih buruk dari yg diinginkan...
Janganlah kita bersifat tamak kerana ia merugikan !

Sayangku,aku tahu engkau adalah yg terbaik yg telah tertulis utkku,
aku bersyukur pada Tuhan,
dan tiada pengganti utk dirimu kerana kau adalah yg terbaik sayang !

Nukilan ini utk dikongsikan bersama,
tidak ada kene mengena dgn yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia,
Sharing is Caring,
dgn ini,aku izinkan  pada mereka2 yg ingin berkongsikn nukilan ini
kpd rakan2 yang lain...
~TQ~

Saturday, June 11, 2011

KL GANGSTER menindas KONGSI !

Haloooo kawan!

Hanya kerana duit manusia sanggup berbuat apa
sahaja termasok memakan darah daging sendiri...
Hanya kerana kesilapan membawa hala tuju hidup,
keluarga menjadi mangsa musuh2 jahanam...

Ayat tu antara moral of the story dlm movie Shamsul Yusuf kali nie...
Tahniah kpd pengarah dn semua para pelakon yg
telah berjaya melakonkan watak masing2 dgn penuh jaya dn mantopnya...
Durasi selama 1jam stgh berada di pawagam tidak mengecewakn...
Lakonan dan jalan cerita yg mudah difahami diselitkan sikit plot2 lawak dn sedih
tidak membuat penonton terlalu gelabah hanya dgn melihat aksi yg tidak henti...

Aku amat seronok menonton film ke-5 arahan Shamsul,
beliau sama skali tdak mengecewakn penonton yg menonton film arahannya...
Tahniah sekali lagi...

Kpd korg2,jgn lepaskan peluang utk menonton film ni kt panggung...
agak rugi la klw xtgk kt panggung,walau xrugi mane pon...
support film malaysia beb,tu yg penting!
hrap movie2 arahan Shamsul yg mendatang lebih gempak dan mantop tahap maksimum!
Congrates bro!!!

Wednesday, June 08, 2011

Movie yg akan datang!

Halao everibodi!!!


firstly movie yg akan datang kat pawagam lg bpe ari je nie adalah KL GANGSTER! yg akan ditayangkan pd 09/06/11 ini..
KL GANGSTER mengisahkan cerita hitam dua beradik;Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme.Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan,Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

         Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa  yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya  sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru.

         King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malik dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL.Berlainan pula dengan kehidupan adiknya Jai yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang tetapi dengan kemunculan Malik,Shark terasa tergugat dan tercabar.

         Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malik tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malik yang dianggap sebagai sahabat lama yang sudah banyak berjasa.King kurang senang dengan kerenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin.

         Dalam diam dan dek terlalu tamakkan kuasa,Shark mula berdendam dengan ayahnya dan bagi Shark,Maliklah punca segalanya. Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Di sinilah bermulanya konflik antara kesetiaan keluarga dan kumpulan. Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran 
mereka?

Sama2 kita saksikan dipawagam mulai 9 Jun ini!!!

yg kedua lak,movie yg aku tunggu2 ialah Transformer 3:Dark of the Moon yg akan ditayangkan pada 30/06/11 nnt..movie ni aku da follow dari yg pertama,so selagi ade sambungan wajib ditonton coz aku rasa Transformer adalah movie terhebat buat masa nie...
Sorry,movie ni aku tak dpt nk kesan sinopsis dia..so better kita sama2 lah tunggu hari 
movie ni ditanyangkan...
hope,Transformer kali ni lebih gempak dan meletup dr yg lepas2...
Jumpa anda di pawagam yeaw!!!

Sekian utk posting kali ni~

Tuesday, June 07, 2011

Tenaga sekarang bukan PERCUMA!!!

Halao everibodi!!!

arini aku rasa spoil yg amat2 sgt
bila aku tgk gaji aku dibayar langsung tak berbaloi
dgn apa yg dah aku kerjakan sblm ni dn tenaga yg
aku dh kerah sbln yg lepas!

boss,zaman sekarang tenaga bkn free boss!
agak2 la kalau sale tak tinggi pn jgn la tolak hours staff sesuka ati!
staf kerja bkn main2,bila besuara boss ckp kitorang BERKIRA!
yeah!bagi aku mmg berkira,sbb aku kerja nk duit!
bkn aku kerja nk free2 je...
klw mcm tu baik aku wt kerja amal kt masjid 24jam...

wahai boss yg dihormati, aku tak halalkan sesen pn duit aku
yg kau dah tolak ikut suke ati kau sbb sale rendah...
itu hak aku dan perlu dibayar!

gaji aku yg rendah amat2 nie,
buat mood kerja aku spoil utk
sebulan yg mendatang!!!

SEGHABOK PEGHOK
MENATE BEGHOK NIEH !!!

Sunday, June 05, 2011

CCM Party KFC Persada 2011

Kenangan aku berpesta bsama
Team KFC Persada Johor
di malam hari 10/05/2011
tepat jam 1.00pg
bertemakan "Mask Screen Night Party"
Meriah parti pada hari tersebut,namun itu jualah parti
terakhir kitorang bersama dgn ARM tersayang..
Miss Nor Rafizah yg kena transfer ke KFC Giant...
sampai hati dorang amik ARM kita..hehehe..
tp xpe,mungkin rezeki dia kat sana,sbb kat sana dia jd Store Incharge,
kira bakal naik pangkat RM la tu...huhu,tahniah kami ucapkan..
yg mendapat recognisation dr manager ialah
Aziman (otai bckup) dn Roslizah (otai cshier)..
Tahniah pd mereka..yg xdpt tu,cuba lah usaha utk mendapatkannya...
hehehe...