.introduction

My name is Imran Azman, i'm made from Johor Bahru, i was born on 7th August 1992...I am a simple person, understanding and a good listener...Has a gentle nature, generosity, love to entertain people, easy to lough, easy to make friends with anyone, and the nature of the high desire for something that i dream in life, BUT sometimes I also has hot temper, don't worry coz i can controlled my own temper,HAHA ! I am also someone who does not liketo give up before starting something or before finishing something I do, and NO difficult words in the dictionary of my life. I like to take things at rest and not in a rush condition..Thats all i thing, and remember this! dont talk rubbish to me coz i know myself oke! This is my own personal blogger,and this blog is hundredpercent managed by myself..
Any comment?Just leave it at "Ruangan ChitChatChot"..All ur comment i'll take it positively and i'll make improval if i think it must be.. Just be my follower if u want it =) ThanK YoU !

Monday, June 20, 2011

Zami Ismail Meninggal Dunia

ASSALAMUALAIKUM WBT ~

Allahyarham Zami Ismail
( 1944 - 2011 )

Aku sangat terkejut dengan berita pemergian Pak Uda, beliau antara pelawak veteran yg paling aku minati..Pemergian arwah tiada penggantinya, kerana beliau mempunyai banyak karakter dan lawak yg tersendiri cukup menghiburkan..

Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.
Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.
Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.
Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem “Mak Som”.
Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

Mari kita bersama sedekahkan surah al-Fatihah kpd arwah,
mudah2an rohnya ditempatkan bersama dgn golongan
orang2 yg soleh dan beriman di sisi Allah swt..insyaAllah..
Al - Fatihah ~

No comments:

Post a Comment