First of all, saje laa nk kongsi...comel tak name blogger baru aku nie?hehehe...
Comel kan? mcm empunyaBlogger jgak..."bulat"...
Same lorh ngn kekasih hati empunyaBlogger nie...
bulat jugak, tp die bulatKECIL...hehehe...
Back to the topic guys ~
Actually, entry kali nie nk kongsi siket supaya anda² semua tidak menjadi seorang yg pemarah dan sentiasa menanamkan sifat pemaaf dalam jiwa masing...
Kadang², kite sendiri tak sedar kite buat seseorang itu marah, kadang² kite juga tidak sedar kite buat salah pada seseorang itu..
Jalan terbaik, MEMINTA MAAF ...
Andainya, seseorang itu tak boleh nk maafkan kita...
Kita periksa diri kita balik, sama ada kita nie pemaaf ke orangnya?
Boleh ke kite nie control marah kite bile api amarah itu bergelora di dalam hati?
Oleh itu, mari lah kita bersama²
LEMBUTKAN HATI, TENANGKAN JIWA !
- gambar hiasan -
Jadilah pemarah kerana Allah!
Marahlah orang itu jika dia melanggar perintah Allah...
Marahlah orang itu demi mempertahankan agama dan maruah diri...
TETAPI !
Jadilah pemaaf juga kerana Allah!
Maafkan lah dia jika dia memohon maaf...
Ampunkan dosa²nya sekiranya dia berjanji ingin bertaubat...
MeMaafkan mereka juga perlulah ikhlas kerana Allah...
Jika kita menjadi seorang yg pemaaf, percayalah...
Andaikata, suatu hari nnt kita melakukan kesalahan kpd sesorang..Nescaya, kesalahan kita itu dgn mudahnya dimaafkan oleh nya..Tuhan sentiasa bersama orang yang ada sifat pemaaf dan sifat lembut hati iaitu tidak mudah marah...
Janganlah kita ikutkan ego kita, kerana ia amat merugikan...
Ego itu seumpama kita mengeraskan hati utk tidak dapat menerima kesalahan orang lain terhadap diri sendiri...
Pernahkah kita berfikir, adakah kesalahan kita yg silam masih dapat diampunkan oleh Allah...
oleh itu, janganlah kita menabung dosa lagi...ia amat merugikan...
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “ Orang yang paling kuat bukanlah orang yang dapat menjatuhkan orang kuat lainnya, tetapi orang kuat kuat yang sejati adalah yang dapat mengendalikan dirinya ketika marah ”
INGAT!
Marah itu adalah datangnya dari syaitan utk usaha memesongkan akidah kita, dan syaitan itu adalah api!
BERWHUDU' lah, kerana dengan wudhu' nescaya api amarah itu akan terpadam dengan izin Allah swt...
Sayidatina Aisyah menyatakan : " Rasulullah S.A.W tidak pernah memukul sesiapapun, baik kepada isteri baginda mahupun pembantu baginda, kecuali ketika berperang di jalan Allah. Dan baginda tidak pernah membalas sedikitpun kepada sesiapa yang menyakiti hatinya, kecuali dalam perkara larangan Allah. "
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Memafkan sesaorang yang kita tidak mampu membalasnya adalah baik dan sedikit wajar, kerana kedudukan kita pada saat itu lemah. Sementara memaafkan seseorang yang kita mampu untuk membalasnya adalah lebih baik dan lebih mulia karena pada saat itu kedudukan kita kuat dan boleh melakukan apa saja. Ketika seseorang berusaha untuk menjadi pemaaf berarti ia telah berusaha untuk meniru sifat Allah S.W.T. iaitu Al-‘Afuwwu yang Maha Pemaaf. Sesaorang yang memaafkan orang lain adalah orang yang cuba menghilangkan luka hatinya akibat kesalahan yang di lakukan orang lain terhadapnya...
Allah itu MAHA PEMAAF lagi MAHA MENYAYANGI...
Baginda Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. juga pemaaf sifatnya...
Marilah kita bersama menanamkan sifat pemaaf di dalam diri masing²...
InsyaAllah, kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah di dunia dan di akhirat kelak!
KURANGKAN MARAH,
LEMBUTKAN HATI,
INGAT LAH ALLAH,
TENANGKAN JIWA...
Semoga kawan² semua mengerti dengan
posting entry kali nie...
mari kita bersama melembutkan hati kerana Allah,
tenangkan jiwa semoga mendapat taufik dan hidayat dari yang Maha Esa...
insyaAllah...
Sekian utk kali ini...
~TERIMA KASIH~
info gambar hiasan:
Lokasi : Beach 4, Sibu Island Resort,
Mersing, Johor Bahru...
Dipetik oleh : Imran Azman
Diedit oleh : Imran Azman
Tema : Sedang termenung menhirup udara segar,
sambil menenangkan minda di tepi pantai nan indah...

saya suka ayat yang kat atas tu jeee (:
ReplyDelete